Asssalamualaikum warahmatullah wbt anak-anak murid,
Selamat datang cikgu ucapkan kepada semua pelajar baru tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang baru sahaja mendaftar semalam 8 Februari 2012. Semoga anda datang dengan harapan mak ayah yang tinggi dan pulang dengan seribu kejayaan cikgu doakan insyaAllah. Kepada adik-adik tingkatan 1 selamat menempuh alam persekolahan peringkat menengah khususnya menengah rendah dan cikgu taknak senior-senior membuli adik-adik cikgu ni, yela diorang kan kecik lagi. Kamu pulak jangan la pulak menangis la taknak makan la, baru je sehari hidup di asrama, tu pun ada jugak mak ayah yang datang tengok anak pi sekolah tadi, kesiannya.
Ok lah apa pun cikgu ucapkan selamat belajar dan kepada pelajar lain jangan lupa exam yang akan datang. Adios!
No comments:
Post a Comment